There was an error in this gadget

Friday, August 28, 2009

selamat hari kemerdekaan

| | 1 comments

okay, aku nak ucap siap-siap kt sini sebab rumah kat kampung takde internet...

so hari isnin ni kita 1 malaysia akan sambut hari kemerdekaan yang ke 52...dah setengah abad 2 tahun dah kita merdeka...harapan aku adalah semoga malaysia akan kekal aman damai sampai bila-bila...

tapi kan dah tak dapat nak tengok iklan2 yang touching2 sebab director iklan tu dah meninggal, tak lain tak bukan allahyarham yasmin ahmad...semoga rohnya dicucuri rahmat...

so here i want to wish all malaysian...selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52...

ok that's all, yea2 balik kampung esok....daaaa
blogger-emoticon.blogspot.com
Read more...

Monday, August 24, 2009

makan dalam tray

| | 4 comments

bulan2 puasa camni sure teringat masa sekolah dulu...buka puasa ramai2 kat dewan makan...
masa tahun 2004 waktu ni aku f5...sekolah kitorang dapat pengetua baru dan juga penolong kanan h.e.m baru...
kedatangan hem baru ni banyak perubahan yang berlaku...yang paling aku ingat yang satu ni jer:
'buka puasa ikut rumah sukan'...haaaaa apakah????hmm agak kesedihan la jugak sebab tak dapat makan ngan kawan2 sendiri...aku rasa majoriti fikir camtu...takpe la demi hem yang semangat rumah sukan yang tinggi...
so sepanjang bulan puasa kat sekolah, kitorang semua kene makan dalam tray...kalau bukan bulan ramadhan kitorang makan pakai pinggan tak pakai tray...
time nak amek food utk berbuka, ada duty dia...hari first nak berbuka...dorm 1 setiap rumah sukan yang kena amek...so duty bertukar dari dorm ke dorm sampai dorm 4...pastu rotate balik...yang tak best nyer kat sini adalah
anda tak dapat memilih lauk anda sebagai contoh nak ayam part wing ke drumstick...
sebab nyer orang lain just datang bila dah nak berbuka...tapi aku pasti sure ada yang buat camni...turun jer sekali walaupun bukan turn serve makanan...da habis makanan serve..pergi la usha mana2 tray yang best pastu tukar menukar dengan tray lain...then cop tempat...btul tak????hehehehe
since duduk dalam rumah sukan...tudung saji pun ikut warna rumah sukan...memang dewan makan tu kalerful la...ade 4 rumah sukan...musytari, marikh, kejora dan zuhal...

so itu sahaja hikayat buka puasa dalam tray...hahaha...walau apa2 pun itu tetap memori yang menarik...


Read more...

Friday, August 21, 2009

ketibaan ramadhan, keberangkatan syaaban

| | 4 comments

tak sangka esok seluruh umat islam m'sia akan berpuasa, rasenyer baru jer lagi kan...baju raya tahun lepas pon cantik lagi...huu

anyway nak ucap kepada semua selamat berpuasa esok hari...

selamat menyambut ramadhan yang penuh dengan keberkatan...

itu saja...

daaa...
Read more...

Tuesday, August 18, 2009

baru ku tahu

| | 2 comments

dulu-dulu suka nyanyi lagu ni:

tanya sama pokok
apa sebab goyang
nanti jawab pokok
angin yang goncang
tanya sama angin
apa sebab hujan
nanti jawab angin
tanyalah awan
awan nanti kata
aku kandung air
sampai tempat sejuk
aku pun cair
tengok dalam air
nampak bayang-bayang
campak satu batu
bayang pun hilang

aku ingatkan lagu ni sampai takat ni jer, rupa-rupanya baru ku tahu
1. ada sambungan lepas tu
2. lagu ni ada dalam cerita p.ramlee anakku sazali...

banyak kali tayang pun tak pernah tengok dari A sampai Z, tengok sikit-sikit jer...info ni pun aku dapat dari satu blog yang aku suka baca
ni sambungannya:

tanya sama hati
apa asal sayang
adakah tandanya
nampak dipandang
kumbang rayu bunga
bulan dan bintangnya
punya tanda-tanda hubungan mesra

hmm...deep kan maksudnya...itu saja yang mahu dikongsi...
Read more...

Monday, August 17, 2009

kuih raya

| | 0 comments

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT NK MEMBELI KUIH RAYA SECARA ONLINE SILA KLIK SINI





nota kaki: kuih raya ni dari sumber yang boleh dipercayai...blog tu akak sepupu i yg punya...
Read more...

Wednesday, August 12, 2009

warga m'sia jadi ninja

| | 0 comments

ya...warganegara malaysia negara kita yang tercinta semakin hari semakin ramai yang menjadi ninja...
tapi bukan ninja yang ada jurus-jurus segala macam, cakra bagai, teknik pembahagi bayang, ninjutsu semua tu...oh terpengaruh dengan anime naruto...

ni ninja yang nak prevent diri dari musuh yang sangat popular sejak kebelakangan ni...selsema babi...amboi direct nyer...dan tambahan jerebu yang melanda...maksud aku disini rata2 org semua da pakai mask yang tutup hidung n mulut tu...

tapi tak jumpe lagi yang kacak cam cikgu kakashi...hehehehe...

aku pon tak ketinggalan gak dalam menjadi ninja ni...hmmm gambar takde plak...nnti la ek aku upload...
semoga diri ini tidak mendapat wabak itu...amin..
Read more...

Tuesday, August 11, 2009

balik kampung

| | 2 comments

aktiviti yang dilakukan semasa balik kampung hujung minggu lalu

1)pergi kenduri doa selamat dekat rumah moyang
2)mandi dekat sungai pahang...ceh walhal aku tak mandi pon celup kaki jer
3)kenduri maggi dekat kedai ayah aku
4)makan malam...makan lagi
5)pergi tengok sukaneka di kampung sebelah
6)makan nasi himpit dan pulut kuning di rumah ayahlong
7)makan bubur chacha di rumah makuda

rumusan disini:
aku balik kampung aritu makan jer kerja aku...habis diet aku...eleh macamla berdiet sgt..
Read more...

Thursday, August 6, 2009

tiket bas

| | 0 comments

last 2 days, oh malasnye nk berbahasa inggeris...ngade la kau...
ok 2 hari lepas, chatting ngan yani die wat praktikal kt penang nun utara sana...chat punya chat

dialog die lebih kurang camnila
yani: ko da beli tiket balik raya da
aku: blum
yani: aku da beli da
aku: pantas ko

dialog pasal tiket bas sampai disitu sahaja...aku pon cuak gak la kn...yela bukan apa kang lambat beli tiket alamatnya ko beraya la kt kl ni sengsorang...walaupon perjalanan untuk ke temerloh pahang hanya mengambil masa 2 jam sahaja...kalau aku tak dpt tiket aku suruh ayah aku jemput...hahaha harapan la nak suruh ayah tercinta tu nak jemput...
persoalan nya sekarang bile ye nk beli tiket?????itu pon nk tanya orang...fikirlah sendiri oi...
Read more...

Wednesday, August 5, 2009

argh...jiwa kacau

| | 0 comments

perkara2 yang membuat jiwa ku kacau...

1)final year project
2)questionnaire
3)keje kat ofis(walhal tak byk mana pon)
4)sakit batuk n selsema bukan swine flu yer...
5)anasir2 jahat yg ganggu aku lebih tepat ganggu fikiran aku...ketepi sume n get lost!!!!
Read more...

Tuesday, August 4, 2009

makanan anti kolestrol

| | 0 comments

tips untuk sesipa yang ingin mengurangkan kolestrol...

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai

ini
Read more...

Labels

Followers

 
 

Coret - Coretan | Diseñado por: Compartidísimo
Con imágenes de: Scrappingmar©

 
top